Sabtu, April 29, 2017

70 Pekerja Kilang Histeria Di Puchong Prima



Jeritan dan raungan 70 pekerja wanita sebuah kilang elektronik di Puchong Prima, di sini, dipercayai akibat diserang histeria menyebabkan operasi kilang terpaksa ditutup sementara.

Kejadian dipercayai bermula jam 3 pagi semalam itu bukan kali pertama berlaku, malah kali ini lebih ramai pekerja wanita di kilang berkenaan mengalami gangguan.

Seorang pekerja hanya dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, sejak kebelakangan ini pekerja kilang itu khususnya wanita sering mengalami gangguan.

“Awal pagi semalam adalah kejadian kedua menyebabkan suasana gempar seketika apabila ada rakan saya mula meraung dan menjerit-jerit secara tiba-tiba.


“Saya masih bingung dengan kejadian itu, pada mulanya beberapa pekerja wanita yang sedang menjalankan tugas menjerit secara tiba-tiba sebelum berjangkit kepada pekerja wanita lain sehingga suasana menjadi hampir tak terkawal,” katanya. - Harian Metro Online