Isnin, April 24, 2017

5 Pantang Larang Kain Songket Yang Perlu Anda Tahu



Kain songket memang terkenal dengan keindahan dan kehalusan tenunannya. Tahukah anda kain songket juga punya pantang larangnya tersendiri?!

Hah, kalau nak jaga kain songket supaya elok kualitinya dan tahan lama, ada beberapa petua yang perlu diikuti.

  1. Paling mustahak tak boleh basuh guna air atau sabun!
  2. Kain songket juga tidak boleh direndam di dalam air. Kalau rendam benang songket akan mengembang dan menyebbakan tenunannya menjadi rosak.
  3. Kain songket tidak boleh dikibas dengan kuat. Kibasan yang kuat boleh menyebabkan tenunan songket tersebut rosak dan benang tenunan boleh beurbah daripada tenunan asal.
  4. Kain songket tidak boleh digosok dengan seterika secara terus. Sekiranya perlu digosok, lipat kain songket tersebut dengan kain lain. Laraskan suhu sederhana.
  5. Untuk mencucui kain songket gunakan cucuian kering atau dry clean sahaja sekiranya perlu, dan cucian ini juga tidak digalakkan!