Ahad, April 09, 2017

[3 Gambar] Faye Kusairi, Azmi Hatta Nikah Mengejut Secara Tertutup



Pasangan selebriti kontroversi Faye Kusairi dan pengarah drama Azmi Hatta melangsungkan pernikahan secara mengejut pada pagi Ahad selepas teka-teki tentang perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal tahun lalu.

Majlis tertutup itu diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.


Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran. - mStar Online