Ahad, April 30, 2017

[15 Gambar] Sekitar Pernikahan Juliana Evans Dan Tengku Shariffudin Shah



Pelakon dan pengacara popular, Juliana Evans, 27, selamat melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hatinya, Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di sini hari ini.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans selamat diijab kabul bersama suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu dengan sekali lafaz di sini pada jam 10.45 pagi tadi.

Kami doakan moga Juliana dan pasangan hidup bahagia hingga ke Jannah.