Ahad, Mac 26, 2017

[Video] Tragedi Eskalator Berundur Pantas; 18 Cedera!



Sebuah eskalator di pusat beli-belah Mong Kok di sini tiba-tiba berundur dengan laju, menyebabkan 18 pengunjung cedera, petang Sabtu.

Rakaman video yang dirakamkan oleh saksi menunjukkan eskalator berukuran 45 meter yang menghubungkan tingkat empat dan tingkat lapan Langham Place di Argyle Street itu tiba-tiba bertukar arah tanpa sebarang amaran dan bergerak laju.

Kejadian itu menyebabkan pengunjung yang sedang menaiki eskaltor tersebut terkejut dan tidak dapat mengimbangi badan mereka sebelum terjatuh ke bawah beramai-ramai.

Saksi mengesahkan 14 wanita dan empat lelaki cedera akibat tidak dapat mengimbangi badan dan jatuh tergolek dari eskalator.  -South China Morning Post/mStar Online