Ahad, Mac 12, 2017

[Video] Aeril Zafrel Raikan Wawa Zainal Sebagai Heroin Bollywood Di Lombok!



Pasangan suami isteri selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sememangnya jelas sebagai pasangan romantis. Sering berkongsi gambar berdua di laman sosial Instagram, Aeril dan Wawa juga dikenali dengan aksi miming lagu-lagu Bollywood yang popular.

Pasangan sejoli ini kini berada di Pulau Lombok, mengisi masa berdua dengan suasana pantai yang cukup romantis. Percutian istimewa ini merupakan hadiah istimewa Aeril Zafrel buat isteri tercinta Wawa Zainal sempena ulang tahun kelahirannya.

Menariknya, percutian Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ke Lombok turut disertai oleh jurugambar dan videographer terkenal dari ctsproduction. Aeril telah merangka surprise buat Wawa, sekali gus perancangan menjalankan penggambaran muzik video berlatarkan lagu Bollywood dan menjadikan Wawa Zainal sebagai heroin menjadi kenyataan!

Jom, layan momen romantis Bollywood, Aeril dan Wawa di Lombok!