Khamis, Mac 23, 2017

Tulis Tak Ada Apa-Apa Hubungan; Adi Putra Ceraikan Kedua-Dua Isteri?



Kemelut rumah tangga pelakon Adi Putra yang berpanjangan akhirnya menemui tanda noktah. Spekulasi Adi Putra memfailkan perceraian dengan Aida Yusof, iaitu isteri pertamanya bertiup kencang beberapa minggu ini.

Bagaimanapun, Adi mahupun Aida masing-masing tidak mengeluarkan apa-apa komen berhubung isu ini.

Petang tadi menerusi laman sosial instagram miliknya, Adi Putra menulis bahawa sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan kedua-dua wanita yang pernah menjadi isterinya itu.

Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa2 hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida ). Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa2 statement utk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih.


Apapun, semoga bertabahlah hendaknya semua.