Sabtu, Mac 04, 2017

Tak Pandai Mengaji Sampai 45 Tahun; Rosyam Nor Sudah Khatam 3 Kali



Rosyam pernah mendedahkan beliau tidak pandai mengaji sehingga usianya mencecah 45 tahun. Namun, Selepas lima tahun belajar mengaji, penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

Rosyam berkata, pencapaiannya itu juga disifatkan sebagai hadiah terbaik bersempena sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke-50 pada 1 Mac lalu.

"Alhamdulillah selepas lima tahun saya belajar mengaji bermula dengan membaca Iqra saya berjaya khatam Al-Quran dengan bimbingan guru agama pada Januari lalu.

"Sebelum ini saya pernah khatam sendiri sebanyak dua kali ketika mengerjakan Umrah di Mekah pada bulan Ramadan.

"Saya anggap khatam buat kali ketiga ini adalah hadiah bermakna bagi diri saya bersempena dengan sambutan hari lahir saya yang ke-50 baru-baru ini," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar