Rabu, Mac 22, 2017

Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire; HyppSensasi



SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka duka antara mereka berdua.