Khamis, Mac 16, 2017

Shah Iskandar Hanya Anggap Uqasha Senrose Sebagai Adik!



“Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah. Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini”

Itu komen pelakon drama Shah Iskandar, apabila gambarnya bersama Uqasha Senrose yang berpegangan tangan dan kelihatan mesra mulai mendapat perhatian netizen dan mengundang spekulasi ramai tentang sejauh mana perhubungan antara mereka.

“Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran. Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha. Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
16/3/17 10:10 PG delete

bkn ke shah iskandar dah kahwin?

Reply
avatar