Rabu, Mac 01, 2017

Seniman Negara Tan Sri Dr Jins Shamsuddin Meninggal Dunia




Seniman Negara iaitu Tan Sri Dr Jins Shamsuddin meninggal dunia.

Anaknya Putera Hang Jebat berkata, pada mulanya Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang dekat sini dan kemudian dibawa ke klinik berdekatan oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah dengan bantuan jiran.

Katanya, apabila tiba di klinik berkenaan, keadaan Allahyarham menjadi lemah sehinggalah beliau menghembuskan nafas terkahir.

Ujar Jebat lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah mereka malam ini (Rabu) untuk urusan seterusnya.




Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer yang dihidapinya. - mStar Online