Sabtu, Mac 04, 2017

Saharul Ridzwan Sengaja Tak Nak Tahu Jantina Anak




Pelakon Saharul Ridzwan enggan mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir yang kini sudah memasuki lima bulan.

Saharul berkata, walaupun imbasan dilakukan sudah menampakkan jantina bayi sulung mereka namun dia dan isteri memilih untuk tidak mengetahuinya sebagai kejutan.

"Sejujurnya saya dan isteri memang tidak kisah mengenai soal jantina anak kerana paling penting bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna.

"Memang kami sengaja tidak mahu tahu kerana inginkan kejutan ketika dia lahirkan nanti walaupun doktor sudah dapat melihat jantinanya ketika imbasan dibuat," katanya kepada mStar Online.