Jumaat, Mac 24, 2017

Netizen Bengang Ending Drama Dia Bidadariku Tergantung!



Drama Dia Bidadariku yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD mempunyai banyak kelainan. Antaranya, drama ini bukan drama adaptasi novel seperti drama bersiri lain yang mendapat tempat stesen TV.

Drama Dia Bidadariku ini juga sangat lain apabila menampilkan pelakon senior sebagai heroin dan co-hero, iaitu Erra Fazira dan Norman Hakim.

Skop Production yang menerbitkan drama Dia Bidadariku ini turut mengisi ruang pelakon tambahan dengan pelakon-pelakon yang sinonim dengan rumah penerbitan itu seperti Salina Saibi, Tasha, dan Raja Ilya.

Drama ini arahan pengarah senior Aziz M. Osman setelah sekian lama tidak tampil dengan karya baharu.

Drama Dia Bidadariku ini merupakan drama paling pendek dengan jumlah 12 episod sahaja yang pernah disiarkan di saluran Astro Ria / Ria HD dalam Slot Mega Drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Ending anti klimaks drama Dia Bidadariku yang berakhir sebentar tadi dengan kesudahan yang tergantung mengundang kritikian netizen!

Hah, kira memang lain daripada yang lainlah kan drama Dia Bidadariku nih?😁