Rabu, Mac 15, 2017

Isu Gay Filem Beauty & The Beast; Fazura Kena Kritik Sebab Tweet Iman Senipis Kulit Bawang



Isu penagguhan tayangan filem terbitan Walt Disney, Beauty & The Beastdi Malaysia gara-gara mengandungi babak gay yang eksklusif dalam filem berkenaan mula mendapat perhatian ramai.

Salah seorang yang menulis komen secara terbuka tentang isu berkenaan ialah selebriti Fazura. Tweetnya yang berbunyi, "Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih... Saya tak sangka iman mereka senipis kulit bawang."



Begitupun tweet Fazura mengundang kritikan hebat. Rata-rata berpendapat Fazura tidak layak bercakap tentang tahap iman orang lain apatah lagi Fazura sendiri tidak mengikut syariat Islam yang mewajibkan kaum perempuan menutup aurat dengan sepenuhnya.