Isnin, Mac 13, 2017

Isteri Alah Teruk, Tak Boleh Bau Badan Hafidz Roshdi




Pelakon Hafidz Roshdi memberitahu isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengalami alahan terhadap bau badannya semenjak wanita itu hamil anak pertama mereka yang kini memasuki usia tiga bulan.

Disebabkan situasi itu juga, pelakon berusia 23 tahun itu memberitahu dia terpaksa tidur seorang diri kerana Nurul Shuhada akan muntah apabila terbau badannya.

"Alhamdulillah kandungan isteri saya sudah pun memasuki usia tiga bulan dan buat masa sekarang alahannya sangat teruk.

"Paling pelik dia tidak boleh menghidu bau badan saya dan disebabkan itu juga kami tidak tidur sekatil.

"Tetapi saya faham dengan situasinya dan berharap alahannya itu akan berakhir secepat mungkin," katanya kepada mStar Online.