Rabu, Mac 08, 2017

"Gosip Hubungan Dengan Azrinaz Adalah Fitnah!" - Fattah Amin




Pelakon Fattah Amin menyangkal dakwaan kononnya dia kini berkawan rapat dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Fattah sebaliknya menjelaskan isu dia dikaitkan dengan Azrinaz adalah satu fitnah yang tidak pernah berlaku seperti mana diperkatakan.

"Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial.

"Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku," katanya kepada mStar Online.