Isnin, Mac 27, 2017

Gema Gegar Vaganza, Realiti Nyanyian Lagu Ketuhanan



Astro Oasis akan memastikan program pertandingan realiti nyanyian pertama siaran saluran terbabit, Gema Gegar Vaganza (GGV), yang mempertaruhkan lagu ketuhanan menepati syariat Islam.

Musim pertama membariskan empat peserta berkumpulan iaitu Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC selain enam penyanyi solo yang terdiri daripada Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE serta Wani. Menampilkan Farihin Abdul Fatah dan selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi, selaku juri tetap, program yang diadili sepenuhnya juri profesional termasuk seorang juri undangan mingguan itu bakal dikendalikan Siti Nordiana, Achey (Bocey) serta Fikri (Lawak Solo).

Orang ramai boleh mengikutinya menerusi saluran Astro Oasis (106), Maya HD (134), Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sepuluh peserta berkenaan memulakan cabaran selama lapan minggu dengan episod pertama pada 8 April depan yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB Cheras, mulai jam 9 malam.