Ahad, Mac 26, 2017

Fahrin Ahmad Tak Ada Hasrat Buka Akaun Instagram Anak



Ketika ramai selebriti tempatan membuka akaun Instagram khusus untuk anak mereka, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad bagaimanapun memilih untuk tidak mengikut trend tersebut.

Menurut Fahrin, 38, dia dan isterinya, Elena Hani Eleas lebih selesa untuk berkongsi perkembangan anak sulung mereka itu menerusi Instagram masing-masing.

"Bagi saya tak perlulah nak buatkan Instagram khas menggunakan nama anak.


"Cukuplah kami sebagai ibu bapa berkongsi apa yang patut di Instagram kami sendiri, dia pun tak tahu apa-apa lagi," katanya kepada mStar Online.