Khamis, Mac 23, 2017

Blurb Preview; Takdir Berkasih



Novel terbaharu tulisan penulis novel terkenal Rohani Deraman berjudul Takdir Berkasih. Novel Takdir Berkasih mengisahkan ketabahan seorang insan yang bernama isteri mengharungi suka duka perjalanan hidup dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suaminya.

Sedikit coretan hati penulis Takdir Berkasih, yang merangka projek jualan novel Takdir Berkasih sebagai tujuan amal bagi mendapatkan kaki palsu buat suami beliau.

TAKDIR BERKASIH, akak tulis semasa menunggu suami di hospital. Awalnya hanya coretan suka2 untuk melepas lelah dan duka lara. Namun selepas melihat dia tidak berkaki lagi, timbul hajat hendak mengembalikan langkahnya yang sasa. Kaki palsu?  Semasa menulis TAKDIR BERKASIH, air mata akak banyak menitik. Sedih dan takut kalau hajat tidak terlaksana. Risau dan cemas kalau impian tidak menjadi nyata.


Namun Allah Maha Berkuasa bila DIA memberikan ramai sahabat
yang baik dan dermawan. MEREKA MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG!
Esok, pengeposan pertama dibuat untuk pesanan yang telah dibuat. ALLAH sahaja yang membalas budi baik kalian. Dengan RM18 harga TAKDIR BERKASIH yang anda bayar, anda telah menyumbang untuk sebuah langkah!
Terima kasih. 

PM atau Whastapp (010-5184827) jika berminat.

1 Komentar:

Write Komentar