Selasa, Mac 28, 2017

Anzalna Nafi Sengaja Tayang Romantis Bersama Suami



Sering berkongsi momen romantis di Instagram, Anzalna menafikan mahu menunjuk-nunjuk kepada khalayak tentang kebagaiaan rumah tangga yang dikecapinya bersama suami, Hanif.

“Saya muat naik foto bersama suami bukan kerana mahu membuatkan orang cemburu, jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk. Saya melihat ia sesuatu yang positif kerana foto itu menjadi inspirasi pengikut”

“Sebagai contoh, apabila saya berkongsi gambar bunga yang dihadiahkan suami, peminat akan beritahu mereka juga mendapat bunga pada keesokan hari. Saya pula yang gembira dengan komen seperti itu,” jelasnya kepada BH Online.

1 Komentar:

Write Komentar