Rabu, Mac 15, 2017

Amyra Rosli Hamil 7 Minggu; Amar Baharin Terbukti Hebat!



Pelakon  Amyra Rosli dan Amar Baharin berkongsi kegembiraan apabila aktres itu disahkan hamil tujuh minggu. Amar, 32, ketika dihubungi memberitahu, dia mengetahui berita itu selepas isterinya mengadu sakit perut sejak malam tadi sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta di ibu negara bagi mendapatkan rawatan.


"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut," ujarnya kepada mStar Online.