Ahad, Mac 26, 2017

Allahyarham Johan Nawawi Sangat Terkilan Dengan 'Sandiwara' Melibatkan Nora Dalam Gegar Vaganza




Penglibatan penyanyi Nora Ariffin dalam Gegar Vaganza Musim Ketiga penghujung tahun lalu berakhir dengan penyingkirannya setelah melalui beberapa minggu yang penuh kontroversi.

Menurut penulis lirik terkenal, Habsah Hassan, suami penyanyi berkenaan, Allahyarham Johan Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu paling terkesan dengan perkara yang melibatkan nama isterinya itu. 

Habsah Hassan memberitahu Allahyarham Johan Nawawi pernah mengadu rasa terkilan dengan 'sandiwara' yang menimpa isterinya Nora Ariffin dalam program Gegar Vaganza musim kedua lalu.
Habsah berkata, komposer tersebut sungguh sedih dan kecewa dengan kontroversi yang terpalit pada isterinya ketika program itu berlangsung. 

"Sepanjang kami kenal dia paling terkesan dan sedih dengan kontroversi Nora dalam program Gegar Vaganza musim lalu.


"Dia mengadu, Nora tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana mereka sudah berkerja keras untuk pertandingan itu. Tapi akhirnya dia dapat terima ia adalah permainan dalam industri hiburan," ujarnya kepada mStar Online.