Ahad, Mac 26, 2017

[10 Gambar] Sekitar Kejutan Hari Lahir Memey Suhaiza Ke-29



Saban tahun pelakon lelaki bebadan sasa, Norman Hakim pasti tidak ketinggalan menganjurkan kejutan ulang tahun kelahiran buat isteri kesayangan, Memey Suhaiza.

Tanggal 25 Mac, Memey Suhaiza menginjak usia 29 tahun, dan sudah kali keenam dia menerima kejutan-kejutan manis dalam meraikan ulang tahun kelahirannya sesudah bergelar isteri kepada Norman Hakim.

Dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki pastinya merupakan hadiah terhebat dalam hidup empunya nama sebenar Suhaiza Shuhaimi. Namun, meski ditolak dan tidak mengharap, suami tersayang Muhamad Nurhakim Zaidon, 41 tetap meraikan Memey dengan pelabagai cara istimewa untuk menghargai wanita itu.

Semalam, Memey Suhaiza bersama anak-anak telah diterbangkan ke langit menaiki helikopter sebagai kejutan manis ulang tahun hari jadinya pada tahun ini.

Pelabagai posisi menarik baik menerusi gambar mahupun video dikongsi dalam laman sosial instagram bagi tatapan peminat dan followers mereka.

Daripada EM, kami ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Memey Suhaiza, semoga berbahagia hingga ke Jannah!

MEMEY SUHAIZA 29TH BIRTHDAY Buat isteri tersayang @memeysuhaiza . . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku Isteri yang sholehah yang selalu patuh pada semua perintah laranganmu Isteri yang bisa membantuku lebih dekat kepadaMu Isteri yang bisa membantuku lebih mencintaiMu Isteri yang selalu patuh kepadaku bila yang aku sampaikan itu benar Isteri yang bisa membawa kedamaian dalam hidupku . . Ya ALLAH, Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatanku Jadikanlah isteriku yang selalu menjaga kehormatannya sendiri Jadikanlah isteriku ibu yang selalu menjaga kehormatan anak anakku . . Ya ALLAH, Jadikanlah dia MUMMY yang baik bagi anak anakku Mampu membimbing anak anakku di jalanMU Mampu menjaga amanah yang KAU titipkan kepada kami . .  Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. . . Live Update @thephotolicious Lifestyle @ephyra2u Theme & Concept @meylana_ Backdrop & Deco @seryserygallery Go Pro @gocreative.media
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on








1 Komentar:

Write Komentar
Mieza S
AUTHOR
26/3/17 8:11 PTG delete

bahagianya mereka

Reply
avatar