Isnin, Februari 20, 2017

Zarul Husin Bergelar Pelakon Pada Usia 44 Tahun



Penyanyi Zarul Husin tidak melihat usianya yang kini sudah pun mencecah 44 tahun sebagai halangan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

"Saya tidak melihat ia sebagai sudah terlambat asalkan ada usaha dan minat Insya-Allah semua boleh dilakukan.

"Lakonan adalah perkara baharu dalam karier saya tetapi saya sangat teruja apabila mendapat peluang untuk berlakon," katanya kepada mStar Online. 

Untuk rekod, Zarul bakal muncul dalam drama 16 episod iaitu Cik Serba Tahu disamping Remy Ishak, Sari Yanti dan Aedil Putra pada April depan. mStar Online