Rabu, Februari 15, 2017

Vokal Ziana Zain Atasi Lupa Lirik Korban Cinta



Suatu momen yang cukup diingati sebagai peminat setia Ziana Zain, tentu sahaja insiden tersalah lirik ketika menyampaikan lagu Korban Cinta di Separuh Akhir Balada Muzik Muzik 1996.

Ziana Zain membawakan Korban Cinta dengan vokal yang cukup lantang, naun sayangnya tersalah lirik selepas chorus yang pertama menjadikan persembahannya 'cacat' sehingga gagal lobos dalam 12 terbaik untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 96.

Meskipun sudah bertahun-tahun sudah berlalu namun peminat diva berkenaan dan pemerhati industri seni suara tanah air tetap memuji persembahan Ziana dalam Korban Cinta ketika itu kerana kemantapan vokalnya yang berjaya mengatasi kekurangan lewat insiden lupa lirik.

Untuk rekod, satu lagi lagu Ziana ciptaan Saari Amri berjudul Kemelut Di Muara Kasih berjaya ke final AJL 96 ketika itu.