Rabu, Februari 01, 2017

Tidak Mahu Segera Dilupakan; Aeril Zafrel Mula Memilih



Pelakon Aeril Zafrel tidak menyangkal dakwaan dia kini mula bersikap memilih terhadap tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.


Aeril atau Suhairil Sunari, 29, berkata, pada tahap kariernya sekarang dia merasakan perlu berbuat demikian kerana ingin mencari kepuasan dalam berlakon agar penampilannya dapat meninggalkan kesan kepada penonton.

"Saya bersikap memilih bukan kerana sudah mula rasa diri bagus tetapi pada saya sampai satu tahap saya perlu berbuat demikian kerana mahu hasil kerja saya diingati penonton.


"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam sesuatu projek mudah dilupakan yang pada akhirnya tidak membawa sebarang kepuasan," katanya kepada mStar Online.