Isnin, Februari 27, 2017

Sudah Buka Pintu Hati, Eizlan Yusof Belum Punya Teman Istimewa




Datuk Eizlan Yusof berkata dia belum bersedia untuk berkahwin sebaliknya pintu hatinya sudah terbuka untuk memberi peluang kepada orang baharu hadir dalam hidupnya.

Bagaimanapun, Eizlan, 46, berkata, buat masa ini dia belum ada wanita istimewa untuk dijadikan teman hidup.

"Saya belum sedia untuk berkahwin lagi, cuma saya sudah membuka pintu hati untuk kehadiran orang baharu sahaja.

"Saya masih mencari-cari wanita yang sesuai untuk menjaga saya dan keluarga," ujarnya kepada mStar Online.