Selasa, Februari 21, 2017

Siti Nurhaliza Doa Di Mihrab Zakaria, Masjid Al-Aqsa Mohon Zuriat




Siti Nurhaliza bersama suami mengambil keputusan awal tahun ini untuk melawat Palestin. Lebih bermakna apabila Siti turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.

Katanya, di sinilah Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.

"Saya dan suami juga mengambil kesempataan untuk berdoa di sini. Semoga dimakbulkan, Amin," doa Siti menerusi kapsyen dalam sebuah video di Instagramnya.



Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah itu tiba di Palestin sejak Khamis lalu.

Sejak tiba di sana, Siti tidak lokek untuk berkongsi bersama pengalamannya di sana untuk 3.6 juta pengikut Instagramnnya. - Awani