Khamis, Februari 16, 2017

Sinopsis Telefilem Nahu Rindu; Zehra TV3



SINOPSIS NAHU RINDU

Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas.

Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga.