Isnin, Februari 27, 2017

Shuib, Sarah Bersanding Selepas 6 Tahun Kahwin




Majlis persandingan sempena ulang tahun keenam perkahwinan Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raisuddin menjadi kejutan buat isterinya itu selepas menerima cincin bertatah berlian sebagai tanda permulaan kehidupan rumah tangga mereka.

Shuib, 33, berkata, ia merupakan hasrat yang sudah lama dipendam dan dia mahu hadiah berkenaan menggantikan cincin perkahwinan lama yang diberi pada enam tahun lalu.

"Saya memang sudah lama berhajat untuk belikan dia cincin baru, jadi saya jadikan ianya kejutan pada malam ini sebagai hadiah istimewa.

"Cincin emas ini merupakan rekaan saya sendiri dan ia sebagai episod baru dalam rumah tangga kami," ujarnya kepada mStar Online.