Selasa, Februari 21, 2017

Sheeda Mahu Berhijab Selepas Album Dangdut Terakhir;



Penyanyi dangdut senior, Sheeda meluahkan hasratnya untuk  berhijab selepas album dangdut terakhirnya, The Best Of Sheeda menemui peminat pertengahan tahun ini.

Selepas mengenakan hijab, Sheeda atau nama penuhnya Rashidah Hamid, 53, mahu membuka buku baru dan meninggalkan irama dangdut yang begitu sinonim dengan dirinya sepanjang berada dalam bidang seni.

“Kalau sudah menutup aurat, saya juga akan menutup perjalanan seni saya dalam irama dangdut dan melakukan sesuatu yang lebih sesuai dengan penampilan itu.

“Saya tidak mahu berhijab hanya pada nama, sebaliknya bila keputusan itu sudah diambil, saya akan menjaga sebaiknya penampilan itu.


“Hasrat berhijab ini adalah perjanjian saya dengan Allah dan bukan dengan manusia, jadi saya mahu melakukannya dengan ikhlas dan bukan kerana desakan atau sebab-sebab tertentu,” tegasnya yang cukup dikenali dengan lagu Angkat Kaki. - Sinar Online