Isnin, Februari 13, 2017

Sharnaaz Ahmad Kritik Fattah Amin & Bukunya Secara Terbuka Di Twitter!



Dalam beberapa siri tweet oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat seumpamanya meluahkan sesuatu yang terpendam. Lebih menarik, apabila tweet-tweet berkenaan jelas menunjukkan dituju kepada seseorang.

Dalam satu tweet yang di post oleh Sharnaaz Ahmad pula jelas mengkritik buku 99 Kata Qalif Moden yang dikeluarkan oleh pelakon sensasi Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin.

"Ko A Samad Said ka? Zahiril Adzim ka? Beto ka? Berapa tinggi sastera ko? Berapa banyak award dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai"

Satu tweet yang berasingan pula menyebut:

Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni yang Tuhan cipta yang ko ada bakat.


Ada netizen yang menyokong pendapat Sharnaaz Ahmad tidak kurang juga yang menyelarnya. 

Bagi Muz pula sentiasa berpegang kepada kata-kata Imam Syafie, "Sesiapa yang menasihatimu di hadapan khalayak sebenarnya dia sedang menghinamu..." Persoalannya, kata-kata Sharnaaz tu nasihat ke?? Opsss!! 😝