Jumaat, Februari 10, 2017

Shah Rukh Khan Dan Aamir Khan Dah Tak Gaduh Lagi?



Media sebelum ini pernah melaporkan bahawa hubungan antara pelakon mega Shahrukh Khan dan Aamir Khan tidak baik dan pernah tegang ekoran kenyataan balas yang dikeluarkan oleh kedua-dua aktor tersebut tentang beberapa isu.

Malah, perbandingan dalam meletakkan siapa lebih terbaik dalam industri perfileman Bollywood antara Shahrukh dan Aamir turut dikatakan menjadi punca hubungan antara mereka berdua tidak pernah mesra.

Namun, kemunculan Shahrukh Khan di parti Diwali yang dianjurkan oleh Aamir Khan tahun lepas telah membuka banyak mata untuk melihat kembali sejauh mana keakraban hubungan mereka.

Terkini, Aamir Khan dan Shahrukh Khan sekali lagi dilihat bersama. Jadi, tak adalah teruk sangat hubungan mereka berdua seperti yang digembar-gemburkan sebelumnya bukan? - Bollywood Life