Jumaat, Februari 24, 2017

Scha Nafi Hamil Lagi!



Susulan gambar yang dimuat naik oleh Awal Ashaari semalam mengundang spekulasi mengatakan isteri pelakon itu, Scha al-Yahya hamil anak kedua, Scha tampil menafikan perkara berkenaan.

“Taklah. Secara logik pun, saya kini kerap bersenam secara intensif dengan jurulatih kecergasan. Tidak mungkin saya masih aktif bersenam sebegitu rupa kalau sedang hamil. Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal” 

“Ia benda yang baik. Kalau betul saya hamil, kenapa perlu dinafikan. Semua orang juga tahu, sebelum ini saya berusaha dan mencuba agak lama untuk mendapatkan Lara. Jadi, jelas peminat mahu saya hamil anak kedua pula. Ia juga seperti doa dan saya bersyukur kerana ada yang terus mendoakan buat saya,” katanya kepada Berita Harian Online