Sabtu, Februari 25, 2017

Sari Yanti Sah Milik Jep Sepahtu




Pasangan pelakon Sari Yanti dan Jep (Sepahtu) secara mengejut melangsungkan pernikahan pada pagi Sabtu selepas berteka-teki tentang hubungan sebenar di antara mereka sebelum ini.

Majlis secara tertutup itu diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal di sini namun pihak media dilarang membuat liputan.

Malah plakad 'No Media' turut dilekatkan pada pintu masuk menuju ke lif untuk ke dewan utama yang dikawal ketat oleh penganjur. - mStar Online