Isnin, Februari 20, 2017

Salima Nafi Suami Kahwin Kali Ketiga!



“Gambar dan statement ini adalah palsu, saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini mewakili suami dan juga isteri pertama.

“Gambar ini diupload atas dasar gurauan tanpa pihak isteri pertama menyangka gurauan itu akan menjadi viral,” tulis Salima di ruangan komen.

 Itu kenyataan Salima sebagai isteri kedua yang telah memaklumkan bahawa berita itu palsu. Tulis Salima, gambar dan status itu adalah sekadar gurauan daripada isteri pertama.

Baru-baru ini sebuah portal hiburan telah menyiarkan kisah bekas penyanyi Salima AF yang dikatakan suaminya telah berkahwin lagi satu. Artikel tersebut adalah berdasarkan kepada status isteri pertama yang memaklumkan berita perkahwinan ketiga itu. - Ultranews

1 Komentar:

Write Komentar
21/2/17 1:39 PG delete

kita doa yang baik-baik ajer...

Reply
avatar