Khamis, Februari 16, 2017

Rizal Ghazali Didenda RM25000! Kekal Bersama Kedah!



Keputusan Jawatankuasa Status FAM, memutuskan Rizal Ghazali sah kekal menjadi milik skuad Helang Merah, sekali gus memberi nafas lega kepada penyokong Hijau Kuning untuk melihat pemain tersebut terus beraksi bersama Kedah.

Timbalan Pengerusinya, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata mesyuarat jawatankuasa itu memutuskan kontrak ditangani pemain itu bersama Felda United tidak sah.

"Berdasarkan Perkara 11.1, kita putuskan kontrak yang ditandatangani dengan Felda United tidak sah.

"Dia cuma boleh pergi berunding sahaja dan bukan menandatangani kontrak tersebut kerana dia masih ada baki kontrak dengan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Susulan tindakan itu, Abdul Aziz berkata tonggak pertahanan Kedah tersebut turut didenda RM25,000 mengikut Artikel 1(7)(d) Perlembagaan FAM.

Namun, katanya Rizal boleh membuat rayuan pengurangan denda dalam tempoh dua minggu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM mulai Khamis.


Isu perebutan antara Felda United dan Kedah terhadap Rizal timbul selepas pemain berusia 24 tahun itu didakwa memiliki dua kontrak. - mStar Online