Khamis, Februari 02, 2017

Rahsia Kesejukan Lantai Marmar Masjidil Haram Terbongkar!



Ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing tentang lantai marmar Masjidil Haram yang sejuk ketika berada di persekitaran Kaabah, Mekah.

Bagi yang pernah menunaikan ibadah haji dan umrah pastinya pernah merasai sendiri kesejukan lantai marmar di Masjidil Haram itu.

Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang tertarik dengan perdebatan mengenainya, baru-baru ini mendedahkan punca sebenar lantai di masjid berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, majlis berkenaan berkata: “Alasan sebenar ialah marmar yang kami gunakan. Kami mengimport marmar Thassos dari Greece yang mampu melantunkan sinar matahari dan mengurangkan haba panas.”


Ia juga menyangkal dakwaan kononnya lantai di Masjidilharam sejuk kerana terdapat paip air sejuk dipasang di bawah lantai marmar. - Agensi

1 Komentar:

Write Komentar