Ahad, Februari 05, 2017

Raees Lakonan Shahrukh Khan Diharamkan Tayangan Di Pakistan?



Filem terbaharu lakonan Shahrukh Khan, berjudul Raees yang sepatutnya ditayangkan di pawagam di Pakistan, pada Ahad ini dibatalkan. Filem yang menggandingkan King Khan bersama pelakon wanita dari Pakistan itu ditangguhkan tayangannya dan turut diberitakan akan diharamkan daripada tayangan di seluruh negara Pakistan.

Menurut laporan Sama, Bahagian Tapisan Filem telah mengeluarkan arahan penagguhan tayangan filem Raees lakonan Shahrukh Khan itu, dan satu mesyuarat akan dijalankan dan keputusan berkenaan tayang filem Raees di Pakistan akan diputuskan pada hari Isnin.

Daily Pakistan pula melaporkan bahawa Bahagian Tapisan Filem mengambil berat tentang watak muslim yang digambarkan sebagai pengganas atau gangster dalam filem Raees. Wakil-wakil keselamatan dan lembaga penapis filem juga mengkhabarkan bahawa filem itu mungkin akan diharamkan di Pakistan. Khabarnya, satu jawatankuasa khas untuk mengkaji filem Raees akan ditubuhkan segera.

"Filem ini nampaknya memburukkan dan memfitnah Islam kerana menunjukkan mereka sebagai pemimpin kongsi gelap terkenal, tambah sumber itu lagi.