Jumaat, Februari 17, 2017

Norman Hakim Beri Semangat Buat Fattah Amin; Netizen Wajib Baca Pesanan Ini!



Pelakon sasa Norman Hakim dalam rentetan hidupnya pernah mengalami saat getir, apabila peminat hiburan satu Malaya pernah memboikot dirinya berhubung kontroversi yang melanda dirinya sendiri dan Memey Suhaiza.

Sehinggakan ada game yang dicipta, untuk sepak dan terajang Norman Hakim! Huh, dahsyat betul amarah netizen pada ketika itu kan? Semuanya berlaku ekoran Norman Hakim dan Memey Suhaiza ditangkap berkhalwat dan kes perceraian Norman Hakim dengan Abby Abadi.

Malam ini, Norman Hakim tampil menerusi posting panjang lebar di Instagram miliknya memberi kata motivasi dan inspirasi kepada pelakon Fattah Amin di samping mengimbau kembali pengalaman peribadinya sendiri berhadapan saat-saat getir bergelar insan seni.

Jom, baca perkongsian Norman Hakim buat Fattah Amin yang agak menarik ini!

"A successful man is one who can lay a firm foundation with the bricks others have thrown at him" . . Bro @fattahaminz sila hadam quotes ni.Nak sembang tak menyempat,kena fokus kerja so aku share kat sini je la . . 'Trial' aku dulu 100X lagi teruk kot.Sampai orang buat game #siapaterajangakupalingjauhdiamenang .Kau ada?Masa game tu tular,aku cuba senyum & belajar ttg sabar.Tapi dalam hati aku cakap "siapa cipta & main game tu,aku nak sangat2 jumpa & berkenalan kat masyar nanti".Masa tu la... . . 'Guru' aku cakap,kalau orang buat kita & kita timbul rasa marah kat org tu,cepat2 kita sedekahkan Al-Fatihah kpd diri kita sendiri & panjangkan Al-Fatihah kat org yg kita marah tu,kalau dapat atas nama penuh dia.Baran aku dulu tahap gaban jugak.Luar nampak soft (ye ke?).Tahap paling teruk,aku bawak kain kapan 7 layers pergi jumpa org yg aku tak puas hati bwk parang ajak lawan,siapa kalah kain kapan 7 layers tu dia yg punya...hahhahaha kelakar tak?Tapi tu dulu la masa zaman 'kurus2'.Aku tak pandai nak 'copywriting' ayat2 gangster ni.Nak jadi gangster,ikut resam abg long aku Datuk @eizlanyusof .Tak banyak bunyi.Sebut nama 'eizlan' mana gempak,muka soft jalan mcm itik.Tapi 'google' idxxx bin yusof kg.baru tgk besar mana 'payung' dia (sorry cip ter'petik' 🙏🏻🙏🏻🙏🏻) . . Kisah 'bizarre love triangle' libat anak2 raja ni semua pun aku dah pernah hadam.Pernah lalui jugak tapi yg tu too personal la,kan bro?Kau lelaki,emosi kena kental.Tapi dalam hati takde siapa yg faham & tahu,ye tak?Banyak2 bersabar & muhasabah.Cari balik kelemahan diri & perbaiki.Kalau ada buat salah,cepat2 minta maaf dgn Allah dan yg empunya diri kita buat salah tu.Aku cakap berdasar pengalaman & peringatan utk diri sendiri jugak supaya sentiasa jaga hubungan dgn Allah & hubungan sesama manusia.Tu je lah nak cakap.Aku minta maaf kalau aku ada salah cakap apa2 k bro . . Aku bukan 'tertinggal bot' tapi aku mmg pilih penghulu hari nak cakap benda ni.Sambil2 tu promote gerak khas laa pkl 9 malam ni kat rtm tv2...gerak...gerak...gerak khasssss!!!Jangan lupa semua tgk malam ni k! @rtm_malaysia @mytv2
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on