Isnin, Februari 06, 2017

Neelofa Mengaku Berkawan Dengan Kerabat Diraja



Pelakon dan pengacara popular, Neelofa mengesahkan sedang berkawan dengan kerabat diraja seperti yang digosipkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Terdahulu, melalui satu ruangan gosip sebuah akhbar tempatan, Neelofa atau mesra disapa sebagai Lofa dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja.

Bagaimanapun, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, enggan mengulas lanjut mengenai status perhubungan mereka.

"Sebagai seorang selebriti dan dia berketurunan diraja, saya tidak boleh lari daripada andaian orang. Apa yang boleh saya katakan, saya dan dia hanya berkawan"

Ulas Lofa lagi, perkenalannya dengan jejaka kerabat diraja itu bukan diatur oleh keluarganya seperti dianggap segelintir pihak.

"Tidak. Sebenarnya saya agak tertekan kerana selepas hubungan dengan Fattah, kini saya diuji dengan perkara ini pula.

"Anda tidak berada dalam keadaan saya. Hancur hati saya apabila membaca komen-komen di Instagram apabila perkara seperti ini menjadi bualan orang. Saya berharap anda semua faham dengan situasi saya sekarang," kata pengacara program MeleTOP itu yang bakal menginjak usia 28 tahun pada 10 Februari ini. - Kosmo Online



1 Komentar:

Write Komentar
galaksi viral
AUTHOR
7/2/17 8:25 PG delete

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

Reply
avatar