Ahad, Februari 26, 2017

Memey Suhaiza Persis Adik-Beradik Dua Anak Perempuan Abby Abadi



Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua orang anak perempuan Abby Abadi di Instagram semalam.

Menariknya, ketiga-tiga mereka, Memey, Dania dan Danisha persis seperti adik-beradik. Ramai netizen yang menulis komen bahawa wajah mereka seakan-akan sama.

Dania dan Danisha merupakan anak kedua dan ketiga Abby Abadi bersama pelakon Norman Hakim dalam perkahwinan yang terdahulu yang turut dikurniakan Danish sebagai cahaya mata sulung.

Bersama Memey Suhaiza pula, Norman Hakim sehingga kini, dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, iaitu Darwish dan Dikhriz. 



Apapun, pastinya keluarga selebriti ini menjadi keluarga selebriti contoh pilihan ramai, sama ada dari aspek gaya hidup dan kerukunan keluarga meskipun pernah bercerai dan melalui episod hitam.

2 Komentar

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
26/2/17 2:00 PTG delete

keluarga bahagia..:)

Reply
avatar
Mila Hilas
AUTHOR
27/2/17 11:17 PG delete

btl..muka depa seiras la.hehe..dh kurus ank abby yg bongsu tu..comel2 belaka

Reply
avatar