Sabtu, Februari 04, 2017

Jari Keenam Hrithik Roshan Curi Tumpuan




Pelakon  kacak terkenal Bollywood, Hrithik Roshan yang muncul sebagai penghias muka depan majalah popular, Vogue India untuk edisi ulang tahun ke-10 majalah itu mencuri perhatian ramai bukan kerna tampil separuh bogel menayangkan sosok tubuhnya yang sasa, sebaliknya jari keenam miliknya menjadi tular.

Bentuk jari uniknya menjadi perbualan hangat netizen selepas muka hadapan majalah itu dimuat naik ke dalam medium sosial seperti Instagram.

Menerusi satu foto yang dimuatnaik oleh Instagram (IG) Instant Bollywood jelas menunjukkan ibu jari keenam keenam Hrithik Roshan.

Mungkin sebelum ini ramai yang tidak perasan dengan kewujudan ibu jari keenam aktor tersebut kerana sebelum ini Hrithik juga jarang menunjukkan jarinya walaupun ketika berlakon.