Selasa, Februari 21, 2017

Isteri Hamil; Saharul Ridwan Loya & Muntah




Khabarnya pelakon Saharul Ridzwan sedang menyesuaikan diri dengan alahan apabila usia kandungan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kini memasuki usia empat bulan.

Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata dia mula mengalami gejala loya dan muntah sejak Januari lalu.



"Alhamdulillah keadaan isteri dan anak dalam kandungannya sihat. Namun saya sendiri kadang-kadang terasa loya dan muntah.

"Mungkin sebab alahan kandungan isteri. Tapi tidaklah terlalu teruk, keadaan masih terkawal," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.