Selasa, Februari 28, 2017

Impian Utama Hari Lahir Ke-23; Khai Bahar Mahu Duet Dengan Ziana Zain!




Penyanyi Khai Bahar berkongsi tiga hajatnya di majlis kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-23 yang diraikan bersama lebih 50 peminat di Neway Karaoke Box, di sini pada Isnin.

Khai, 23, yang pernah popular menerusi aplikasi karaoke atas talian Smule antara lainnya menyebut dia berhajat untuk berkolaborasi dengan penyanyi bersuara lantang Ziana Zain menerusi projek single akan datang.

"Selain ingin menghantar kedua ibu-bapa saya mengerjakan umrah pada tahun ini, saya turut berharap impian untuk berkolaborasi bersama kak Ziana Zain akan terlaksana menerusi projek single akan datang.

"Selebihnya, saya berharap dengan anjakan usia yang ke 23 tahun ini, rezeki saya bertambah murah, lebih berjaya dan dipermudahkan segala urusan," katanya kepada mStar Online.