Isnin, Februari 13, 2017

"Harga Buku Saya Berpatutan & Setimpal" - Fattah Amin



Dalam satu kenyataan, Fattah Amin turut mempertahankan buku yang hangat diperdebatkan di laman sosial sejak semalam itu. Beliau juga berkata, harga jualannya juga berpatutan dengan nilai penerbitannya.

"Kita harus membaca dan berfikir apa yang saya tulis berdasar pengalaman saya dan bukan pengalaman sesiapa. Setiap kata-kata ada maksud yang tersirat, membolehkan sesiapa yang membaca berfikir mengikut imaginasi masing-masing," katanya.

Fattah turut menjelaskan, harga buku itu setimpal dengan penggunaan kertas berkualiti tinggi dan grafik yang eksklusif, selain ia memuatkan cakera padat single lagu terbaharu beliau berjudul, Wanita Terakhir.