Selasa, Februari 28, 2017

Hans Isaac Bakal Kahwin Bekas Ratu Cantik; Tamat Zaman Bujang Pada Usia 46 Tahun




Datuk Hans Isaac akhirnya bakal mendirikan rumah tangga  apabila dia mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan.

Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di Singapura.


Hans, 46, mengumumkan berita gembira itu pada sidang media khas di sebuah hotel di sini pada Selasa dengan ditemani Gabriella.




"Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella. 

"Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu," katanya. 

Gabriella dinobatkan sebagai Ratu Cantik Perlancongan Antarabangsa pada 2011.