Isnin, Februari 27, 2017

Hairul Azreen Tak Kisah Anak Jadi Artis



Hairul, 28, berkata, masih terlalu awal untuk menentukan minat anak lelakinya itu walaupun dia mendapat perhatian luar biasa daripada pengikut di laman sosial meskipun baharu berusia lapan bulan.

Begitupun, Hairul Azreen tidak akan menghalang jika anaknya iaitu Yusuf Iskandar memilih untuk terlibat dalam dunia seni suatu hari nanti.


"Bapa saya tidak pernah menghalang saya untuk buat apa sahaja kerja yang saya suka kerana apa yang penting saya lakukan itu rezeki halal.

"Jadi saya juga tidak mahu menghalang apa juga Yusuf pilih apabila dia dewasa nanti dan kalau dia mahu berada dalam bidang seni saya akan beri sokongan," ujarnya kepada mStar Online.