Isnin, Februari 27, 2017

Fattah Amin Tak Mahu Berlakon Dengan Neelofa!



Watak Neelofa dalam drama terbaharu arahan Michael Ang sudahpun diisi oleh Fazura. Harapan peminat #lofattah untuk menyaksikan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sekali lagi dalam masa terdekat turut punah.

Ini penjelasan Fattah AMin berikutan isu berkenaan yang masih menjadi buah mulut.

“Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat”

“Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang. Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula,” jelasnya kepada Utusan Online.