Jumaat, Februari 10, 2017

Cerpen Lydia Sofhea Williams Dalam Antologi Khalifah Yang Tertangguh



Alhamdulillah, karya pertama Muz yang diterbitkan dan dibukukkan dalam Antologi Khalifah Yang Tertangguh.

Sebuah kompilasi 15 buah cerpen berkisarkan elemen kekeluargaan yang bisa menyentuh sanubari pembaca. Dirangkai dan dijalin dengan emosi yang berbaur.

Cerpen Muz bertajuk, Lydia Sofhea Williams. Siapakah gadis ini? Apakah aturan takdir buat dirinya? Adakah hidupnya disulami bahagia atau dirintangi derita? Persoalan-persoalan ini dan banyak lagi akan terjawab apabila pembaca menyelusiri riwayat hidup seorang gadis bernama Lydia Sofhea Williams.

Bagi anda yang berminat, boleh dapatkan terus daripada Muz. Harga buku RM20, kos pos bagi Semenanjung Malaysia berharga RM6. Buku ini hanya dicetak 1000 buah sahaja. Limited. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadikannya sebagai koleksi anda, suatu masa nanti pasti akan jadi rare!

2 Komentar

Write Komentar
11/2/17 5:06 PTG delete

Berminat, boleh contact saya di mana2 sosial media sprt fb fan page, fb, twitter, instagram dgn carian ENGKU MUZAHADIN. Atau boleh juga email; engkumuzahadin@yahoo.com

Reply
avatar